LinksLinks        Contact UsContact Us       Site MapSite Map   

Media Centre

 » Media Coverage
Standard Chartered donates RM52,000 to victims of the Sichuan earthquake

Title

:

Scope, MPSepang bersihkan Bagan Lalang

Media

:

Utusan, Utusan Online

Date

:

Monday, November 10, 2008

 

SEPANG Bagi memastikan pantai Bagan Lalang di sini terus kekal popular di kalangan orang ramai, Scope International, anak syarikat milik penuh Standard Chartered dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) mengadakan aktiviti membersihkan pantai tersebut baru-baru ini.

Dalam aktiviti tersebut, kakitangan kedua-dua organisasi itu bekerjasama sehari suntuk mengutip sampah dan mengecat semula pondok rehat di sepanjang pantai itu.

Selain itu, pokok turut ditanam di beberapa lokasi dalam usaha menghijaukan lagi kawasan tersebut.

Ketua Pusat Perisian Antarabangsa (ISCM), cabang perisian Scope International, Goh See Wee berkata, Standard Chartered sangat komited terhadap perlindungan alam sekitar di seluruh dunia.

"Kami mencipta peluang untuk membantu kakitangan, pelanggan dan pemegang saham kami untuk memahami kepentingan alam sekitar dan perubahan cuaca serta apa yang mereka boleh lakukan untuk menyokong usaha itu," katanya.

Katanya, projek Bagan Lalang itu adalah salah satu daripada pelbagai projek komuniti yang dianjurkan oleh pihaknya.

"Di Scope International, kami sentiasa bersungguh-sungguh untuk mengurangkan penghasilan karbon dan telahpun berjaya mengurangkan penggunaan kertas sehingga 80 peratus serta penggunaan air dan tenaga di pejabat kami," tegasnya.

Ahli Majlis MPSepang, Ramlan Sajadi pula berkata, usaha "Ke Arah Hijau" perlu wujud dalam hati dan minda seseorang itu terlebih dahulu sebelum sebarang perubahan boleh dilakukan.

Katanya, apabila sikap itu sudah wujud, seseorang individu itu akan mula menyayangi alam semula jadi dan akan komited melindunginya termasuk dengan mengubah gaya hidupnya.

Beliau menambah, MPSepang berhasrat untuk menyuburkan lagi kesedaran tentang penjagaan alam sekitar di kalangan rakyat Malaysia terutama mereka yang sering ke pantai Bagan Lalang.

Scope International merupakan sektor korporat yang pertama menjalinkan kerjasama dengan MPSepang dalam projek alam sekitar.

Last Updated (Monday, 10 November 2008)